Friday, 13 January 2017

RAMUAN QASEH JUNIOR




KISMIS membekalkan tenaga & meningkatkan keupayaan minda. Kismis bercirikan anti bakteria & anti oksida supaya tubuh kuat melawan jangkitan. Ia jugamengandungi mineral yang melindungi gigi & mata serta menguatkan tulang.




KURMA kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan pemakanan kurma turut boleh membantumenstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.



DELIMA yang kemerahan isinya, sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu menbaik pulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.



MINYAK ZAITUN kaya dengan vitamin E dan polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh dari kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian dapat membantu memberi perlindungan awal kepada masalah kesihatin seperti masalah jantung.



TIIN ialah buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak. Buah tiin ini adalah sumber mineral, vitamin dan anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem imunisasi tubuh bagi melawan penyakit. Buah tiin juga dikatakan dapat melegakan keletihan dan merangsang fungsi otak.




BADAM merupakan keluarga kekacang. Ianya kaya dengan pelbagai khasiatnya antaranya riboflavin yang berupaya untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh. Ianya juga kaya dengan protein, vitamin E, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi serta anti oksidan flavinoid untuk menyokong kesihatan yang baik.





GARAM BUNIT merupakan garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki sistem pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektrolit yang hilang.


HABBATUS SAUDA' Juga dikenali sebagai jintan hitam. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, brokitis, eczema, alahan dan batuk.



BAYAM. Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi falvonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa sistem imun. Bayam juga kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk permbentukan tulang & gigi yang kuat.


AIR ZAMZAM, Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagaI 
penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.




ZA'FARAN dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik kalsium, postassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.



GAM ARAB Juga dikenali sebagai gam akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut.
Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.



PEGAGA  juga dikenali sebagai gotu kola membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & insomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mercergaskan tubuh.


=======================

Nah! Banyak sungguh khasiat Qaseh Junior dalam 1 formulasi. 













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...