Thursday, 13 October 2016

QASEH JUNIOR UNTUK ANAK-ANAK G6PD

Beberapa hari lepas Cik Wa ada kongsikan informasi tentang sindrom 'kurang enzim G6PD' yang biasanya dikenalpasti selepas beberapa hari kelahiran.

Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila anak-anak ini meningkat dewasa ialah pengambilan makan harian mereka. Salah satu daripada makanan yang TERBUKTI dilarang untuk diambil oleh mereka ini ialah KACANG PARANG atau juga dikenali sebagai Fava Beans.

Kacang parang

Fava bean

Berikutan itu, Cik Wa mendapat pertanyaan daripada ramai ibu tentang pengambilan QASEH JUNIOR dikalangan anak-anak 'G6PD deficiency'. Oleh itu, Cik Wa nak kita semak kandungan Qaseh Junior sama-sama.

 Kandungan HEBAT Qaseh Junior adalah:
  1. Kurma
  2. Madu
  3. Delima
  4. Tiin
  5. Zaitun
  6. Habatus sauda
  7. Zaafaran
  8. Air Zamzam
  9. Gam Arab
  10. Ginko
  11. Pegaga
  12. Kismis
  13. Badam
  14. Bayam
Badam adalah satu-satunya jenis kekacang yang ada di dalam Qaseh junior. Akan tetapi ia tidak tersenarai sebagai makanan larangan bagi penghidap G6PD deficiency. Oleh itu, pada pandangan Cik Wa Qaseh Junior tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada anak-anak ini. 

Akan tetapi, para ibu yang memberikan Qaseh junior kepada anak-anak anda seharusnya memantau tahap kesihatan anak anda pada peringkat awal pengambilan sebagai langkah keselamatan. 

Semoga anak-anak ini akan terus sihat dengan mengamalkan Qaseh Junior!

Hubungi Cik Wa untuk maklumat lanjut tentang produk Qaseh Gold di 019-6686-337
Untuk tempahan sila ke http://bit.ly/2d1tmx5

Terima qaseh!

Wednesday, 12 October 2016

ASMA? LELAH? SEMPUT?

Sumber: My Health KKM

Pengenalan

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:

  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:

  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  • Merokok.
  • Perubahan cuaca.
  • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  • Senaman.
  • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  • Makanan dan perasa tambahan makanan.
  • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  • Emosi.
  • Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:

  • Batuk.
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  • Susah bernafas.

Apakah tanda-tanda asma?

  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:

  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :

  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).
Sasaran rawatan

  • Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma.
  • Mengelak serangan asma.
  • Mempunyai kualiti hidup yang baik.
  • Berupaya menyertai acara sukan.
  • Menghalang kemusnahan tisu paru-paru.
  • Mengelakkan kematian.

Apakah jenis rawatan asma?

Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:

  1. Ubat Pencegah

Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

  1. Ubat Pelega

Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.

  1. Ubat kawalan

Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?

  • Elakkan faktor pencetus asma.
  • Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
  • Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
  • Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
  • Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
  • Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.

Bolehkah asma disembuhkan?

Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.

KEKURANGAN ENZIM G6PD

Sumber: Myhealth KKM

Pengenalan
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Akibat daripada hemolisis

  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).
Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.
Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

KACANG PARANG

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

Apakah sebenarnya yang dikatakan Penyakit G6PD ? G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD ini merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis. Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD? Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia. Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Diagnosis Kekurangan enzim G6PD ini sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat. Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi perlu mengelakkan diri daripada ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda. Gejala/Simptom Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. 90% baby yang ada penyakit ini sejak lahir dan akan mendapat jaundice (demam kuning) yang tinggi. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD ini ? Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai. Apakah yang patut dilakukan atau dielakkan ? Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis. Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti : kacang parang (fava beans) makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang Asid askorbik tiruan yang biasanya terdapat dalam vitamin C gula-gula dan makanan berperisa menthol Selain menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubat berikut agar tidak termasuk di dalam susu ibu : ubat nyamuk (mengandungi pyrethium) ubat gegat (mengandungi napthalene) ubat-ubatan cina (senseh) ubat-ubatan herba atau jamu-jamuan ubat anti-malaria ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol) Apabila berjumpa dengan doktor, maklumkanlah pada pihak klinik atau hospital bahawa anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan dengan sendirinya terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Sumber Rujukan : Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More at farmasimaya.com/bahaya-dan-pantang-larang-penyakit-g6pd/ © Life is a Story

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...