OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Thursday 26 October 2017

QASEH ADINDA UNTUK WANITA HEBAT!

Kredit: Kak Yong Habibah



Qaseh Gold Adinda sudah 10 tahun berada dalam pasaran dan telah melalui proses evolusi dari segi pembungkusan dan juga formulasi ramuan yang terpilih.

Siapa yang boleh mengamalkan Qaseh Gold Adinda?


Qaseh Gold Adinda boleh mula diamalkan dari usia remaja (anak gadis yang sudah datang haid).

Selain tu, Qaseh Gold Adinda turut boleh diamalkan oleh:

  • Ibu hamil
  • Ibu yang berikhtiar hamil 
  • Ibu dalam pantang 
  • Ibu menyusu 
  • Ibu yang bekerja
  • Ibu yang sepenuh masa di rumah

Pendek kata, Anda Wanita? Anda boleh amalkan Qaseh Gold Adinda.

Para suami yang mithali, boleh belikan untuk isteri yang tersayang. ❤

"SERLAHKAN KEWANITAAN ANDA"

FORMULASI HEBAT!



Qaseh gold adinda memang diformulasikan untuk para wanita bukan hanya untuk tenaga dan kecergasan , tetapi juga untuk penjagaan dalaman.

Pelbagai manfaat hanya dalam 1 botol. InsyaAllah..

Mudah sahaja - hanya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.




DAPATKAN SEKARANG!
WASAP AZWA KONSULTAN QASEH ANDA DI 019-6686337 

atau KLIK LINK INI

SAYANAK/qasehadinda

Wednesday 11 October 2017

PETUA ATASI SEMBELIT TANPA UBAT


Semalam Cik Wa dah kongsikan tentang punca dan tanda-tanda sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Hari ini, Cik Wa nak kongsikan pula beberapa tips kepada ibubapa untuk atasi masalah sembelit anak-anak.

TIP ATASI SEMBELIT

Cuba ikuti TIP-TIP di bawah:
  1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
  2. Jika bayi berusia enam bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makanan separuh pejal seperti lobak merah yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan proses pembuangan najis.
  3. Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti air tembikai atau air kosong suam pada kadar yang berpatutan. Jus betik yang dikisar juga sangant baik untuk mengatasi masalah sembelit kerana selain daripada kandungan serat yang tinggi, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.


QASEH JUNIOR KAYA SERAT

Pengambilan serat  dan air yang mencukupi adalah sangat penting dalam penjagaan usus anak-anak. Selain dengan mencuba tips di atas, Cik Wa juga ingin menyarankan pengambilan makanan kesihatan yang baik untuk usus iaitu QASEH JUNIOR. Formulasi botani yang kaya serat seperti KURMA dan BUAH TIIN sangat sesuai untuk anak-anak. Juga kandungan GAM ARAB yang merupakan prebiotik  semulajadi untuk usus yang sihat. 

Dengan rasa yang sangat sedap, anak-anak pasti menyukainya. Semudah 1 (SATU) sudu setiap pagi dan malam, InsyaAllah masalah sembelit anak-anak akan selesai.


Perkongsian ibuayah yang telah mencuba Qaseh Junior untuk masalah sembelit anak mereka.

TESTIMONI




Mengapa ibu ayah sekalian harus memilih Qaseh Junior?

 



Apa tunggu lagi? Hubungi Cik Wa sekarang!
Wassap/telegram/sms 019-6686337
Pastikan pilahan ibu adalah yang terbaik untuk si manja!






Tuesday 10 October 2017

SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK

"Mama, adik tak boleh nak yak!"
Berpeluh-peluh si anak lari keliling rumah. Meneran sehingga ada yang menangis. 

Pernah menghadapi senario ini di rumah? Hiba hati si ibu bila lihat anak terpaksa menderita kerana sembelit kan.

Mari kita tambah sedikit ilmu tentang masalah sembelit yang sering membelenggu ibuayah di luar sana.



Apakah tanda-tanda anak anda menderita sembelit?


Antara tanda-tandanya ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis atau menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu, najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.

Dalam kebanyakan kes, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu membuang air besar sebanyak tiga kali sahaja dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.



Apa pula punca-punca sembelit?


Ramai ibu yang mengatakan pengambilan susu formula boleh menjadi punca sembelit. Ini bersandarkan kepada fakta bahawa susu formula lebih sukar dihadam dan diserap masuk ke dalam usus berbanding dengan susu ibu.

Mengikut pengalaman saya, kerisauan ibu akan bermula bila bayi sudah mula diberi makan separuh pejal. Pada ketika ini, usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Oleh itu, ibu-ibu dinasihati untuk memberikan makanan separa pejal yang lembut dan mudah dihadam kepada bayi. Dan pastikan juga banyak kandungan air semasa penyediaan makanannya.

Kurang air dalam pengambilan harian anak-anak turut menyumbang kepada masalah sembelit. Ibuayah perlu pastikan pengambilan air yang mencukupi oleh anak-anak untuk mengelakkan tubuh menyerap lebih banyak air diserap dari najis. Ini yang menyebabkan najis kering dan keras, dan tersimpan lebih lama dalam usus yang menyebabkan sembelit.


Namun demikian, tidak dinafikan ada juga sembelit yang berlaku disebabkan oleh masalah kecacatan semasa lahir (kongenital) dan ini perlu disahkan dengan membuat pemeriksaan pakar.

Nantikan perkongsian seterusnya untuk tip-tip bagaimana mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.


Monday 9 October 2017

KELAS 'FLATLAY EDITTING' TIM QKN BATCH 1 AWESOME!

Fun and entertaining!!

Ini yang Cik Wa dapat simpulkan bila join kelas editting kendalian Leader Tim QKN Pn Siti Azurah. Ilmu yang sangat best untuk kami aplikasikan dalam menghasilkan poster-poster produk yang menarik. 

Mudah dan mengasyikkan!!

Hanya dengan menggunakan 2 aplikasi percuma iaitu Photolayers dan Photogrid, terhasilnya poster-poster Cik Wa seperti yang di bawah hasil kelas beberapa jam dengan Leader Mamazu :) 




I'm Loving It

Suka sangat dapat belajar ilmu editting berasaskan teknik tampalan dari flatlay. Sampai naik gian dok buat poster tak sudah. Hehe.. Berbaloi sungguh lah kami di Tim QKN dapat belajar ilmu ni. 
Best best best!!




Terima qaseh Mamazu :) 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...