Tahukah anda..
Apa itu ubat?
Ubat ialah bahan kimia untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit.Ubat dibahagikan kepada:
(1) Ubat Am (Over The Counter; OTC)
Kategori ubat ini boleh dibeli tanpa preskripsi di kedai farmasi / kedai biasa.
Contoh: Vitamin, ubat demam.
(2) Ubat Terkawal:
- Ubat terkawal dengan preskripsi
Boleh diperoleh hanya melaui doktor/ ahli farmasi
Contoh: Ubat darah tinggi, antibiotik.
- Ubat terkawal tanpa preskripsi
Boleh diperoleh daripada ahli farmasi.
Contoh: krim, ubat batuk, ubat selsema.
Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua ubat terkawal hanya boleh diperolehi terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat dari doktor.
HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA
- Menerima rawatan kesihatan yang baik.
- Menerima ubat berkualiti, selamat dan berkesan.
- Mendapat maklumat lengkap berhubung ubat yang digunakan termasuk harga ubat.
- Membuat pilihan ke atas ubat dan produk kesihatan.
- Menyuarakan pendapat dan masalah mengikut saluran yang betul.
- Mendapat gantirugi yang sewajarnya melalui mekanisme yang sesuai.
- Mendapat pendidikan kepenggunaan melalui penyebaran informasi.
- Mendapat alam sekitar yang sihat melalui pelupusan ubat yang selamat.
Pastikan anda patuhi asas 5B dalam konsep pengambilan ubat
- Pengguna ubat yang Betul
- Ubat yang Betul
- Dos yang Betul
- Cara pengambilan yang Betul
- Masa yang Betul
KEBAIKAN UBAT
- Mengawal penyakit. Contoh: Kencing manis, darah tinggi.
- Melawan jangkitan. Contoh: Radang paru-paru (antibiotik).
- Mencegah penyakit. Contoh: Polio, kancing gigi (vaksin).
- Mempercepatkan penyembuhan penyakit: Contoh: Luka, kecederaan.
- Merawat penyakit. Contoh: Sakit perut, sakit mata.
- Melegakan gejala penyakit. Contoh: Bengkak sendi, sakit kepala, batuk, alahan.
Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut berkenaan ubat-ubatan yang anda ambil.
Rujukan: Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM