OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Monday 19 September 2016

Anak saya kurang darah merah?

Anak saya kurang darah merah?
(answered by Dr Charlotte Jane Joseph)

S: Saya ingin mengungkai sedikit permasalahan berkaitan low HB count di kalangan bayi. Sebelum ini saya kurang mengambil berat berkaitan perkara ini sehinggalah anak saya didapati mengalami masalah low Hb count baru-baru ini. Untuk makluman doktor, di dalam keluarga saya tiada sejarah Thalasemia dan HB count anak saya ialah dalam lingkungan 9 – 9.2. 

Soalan saya:
1. Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?
2. Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
3. Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
4. Adakah kekurangan HB boleh menyebabkan penyakit lain?

-Terima kasih doktor (Rozie)-

Jawapan:

Terima kasih Puan Rozie untuk soalan anda yang kerap-kali juga dipersoalkan di kalangan ibu-bapa yang menemui masalah yang sama. Daripada soalan Rozie saya menganggapkan bahawa anak puan kekurangan sel darah merah sahaja and sel-sel lain seperti sel darah putih dan sel darah beku adalah pada lingkungan yang normal.
Hb bermaksud “haemoglobin” iaitu sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Kekurangan haemoglobin diberi istilah “anemia” yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud “kekurangan darah”. 

Ada beberapa punca anaemia seperti yang berikut:
1. Kehilangan darah yang keterlaluan:
- boleh berlaku secara perlahan seperti gastic ulcer
- kehilangan darah dengan cepat seperti kemalangan

2. Pemecahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis)
– berpunca dari jangkitan kuman atau masalah darah seperti krisis kekurangan enzim G6PD

3. Pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang.
Disebabkkan oleh kekurangan zat makanan terutama sekali zat besi dan vitamin folic acid
- Masalah dalam pegeluaran sel darah merah seperti Thalassemia
- Penyakit barah darah seperti Leukemia


Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?

Linkungan umur diantara 6 bulan – 6 tahun Hb adalah 10.5gm/dl – 14gm/dl
Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
Walaupun di dalam keluarga puan tiada sejarah “Thalasemia dan anemia” puan hendaklah membawa anak anda untuk pemeriksaan yang teliti. Ini termasuk pemeriksaan fizikal dan juga ujian darah. Ujian darah adalah termasuk isipadu bentuk dan saiz sel darah merah tersebut.
Berdasarkan pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian darah, doktor anda akan memilih cara terbaik untuk merawat anak anda. Sebagai contoh, sekiranya kekurangan Hb tersebut adalah disebabkan kekurangan zat besi , selain daripada mengambil vitamin zat besi, doktor juga akan menasihati tentang pemakanan yang kaya dengan zat besi.
Namun sekiranya masalahnya adalah Thalassaemia, doktor akan memberi vitamin folic acid dan dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak tersebut memerlukan transfusi darah. ( Ini akan dibincangkan dalam artikel yang lain)

Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
Kebiasannya kalau demam biasa haemoglobin tidak akan menurun tetapi jikalau Hb menurun anak perlu membawa untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti masalah lain yang membimbangkan

Apakah tanda-tanda kekurangan Hb?
Kekurangan Hb terutama di kalangan kanak –kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lesu, kurang aktif, degupan jantung laju atau jikalau haemoglobin terlalu rendah untuk masa yang lama (kronik) akan menyebabkan lemah jantung dan pertumbuhan terbantut.


Resources
1.Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals – 3rd Edition. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Terrence Thomas.

 ==============================================================================


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...