OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Tuesday 10 October 2017

SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK

"Mama, adik tak boleh nak yak!"
Berpeluh-peluh si anak lari keliling rumah. Meneran sehingga ada yang menangis. 

Pernah menghadapi senario ini di rumah? Hiba hati si ibu bila lihat anak terpaksa menderita kerana sembelit kan.

Mari kita tambah sedikit ilmu tentang masalah sembelit yang sering membelenggu ibuayah di luar sana.



Apakah tanda-tanda anak anda menderita sembelit?


Antara tanda-tandanya ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis atau menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu, najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.

Dalam kebanyakan kes, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu membuang air besar sebanyak tiga kali sahaja dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.



Apa pula punca-punca sembelit?


Ramai ibu yang mengatakan pengambilan susu formula boleh menjadi punca sembelit. Ini bersandarkan kepada fakta bahawa susu formula lebih sukar dihadam dan diserap masuk ke dalam usus berbanding dengan susu ibu.

Mengikut pengalaman saya, kerisauan ibu akan bermula bila bayi sudah mula diberi makan separuh pejal. Pada ketika ini, usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Oleh itu, ibu-ibu dinasihati untuk memberikan makanan separa pejal yang lembut dan mudah dihadam kepada bayi. Dan pastikan juga banyak kandungan air semasa penyediaan makanannya.

Kurang air dalam pengambilan harian anak-anak turut menyumbang kepada masalah sembelit. Ibuayah perlu pastikan pengambilan air yang mencukupi oleh anak-anak untuk mengelakkan tubuh menyerap lebih banyak air diserap dari najis. Ini yang menyebabkan najis kering dan keras, dan tersimpan lebih lama dalam usus yang menyebabkan sembelit.


Namun demikian, tidak dinafikan ada juga sembelit yang berlaku disebabkan oleh masalah kecacatan semasa lahir (kongenital) dan ini perlu disahkan dengan membuat pemeriksaan pakar.

Nantikan perkongsian seterusnya untuk tip-tip bagaimana mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...