Saturday, 3 September 2016

ISPOR 7th ASIA-PACIFIC CONFERENCE

ISPOR 7th ASIA-PACIFIC CONFERENCE
3-6 SEPT 2016
SUNTEC SINGAPORE CONVENTION & EXHIBITION CENTER





Hanya mendapat tawaran menghadiri kursus dia atas di negara jiran seminggu sebelum tarikh kursus. Dengan pasport yang akan tamat tempoh pada November ini, saya menggagahkan diri ke Imigresen untuk memperbaharui pasport.

Dalam masa yang sama, saya turut memikirkan tentang anak-anak yang bakal ditinggalkan selama empat hari nanti. Ya Allah, permudahkanlah. Berbincang dengan encik suami, adik-adik dan ibuayah. Berpakat mereka akan menjaga si hero yang berlima. Maka saya mengesahkan kehadiran ke ISPOR.

Beberapa hari sebelum bertolak berita penularan wabak virus ZIKA di negara jiran ini juga turut membuatkan saya berfikir sekali lagi. Agak mengejutkan kerana dalam masa beberapa hari sudah beratus kes positif dijangkiti virus tersebut. Agak mencemaskan, namun hati tetap digerakkan untuk teruskan niat ke ISPOR.

'Selfie' dalam kapal sebelum 'take-off'

Bertolak dengan menaiki pesawat MH611, pesawat mendarat jam 1140H di Lapangan Terbang Changi. Alhamdulillah, bertemu rakan bari seorang Pegawai Farmasi dari PPUKM, Pn Izyan Diyana. Syukur, tidak berseorangan.

Perjalanan diteruskan ke hotel tempat penginapan kami Pan Pacific Singapore. Jam menunjukkan hampir ke jam 1300H. Bergegas masuk bilik mengahantar bagasi dan terus ke Suntec Convention & Exhibition Centre (hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel kami) untuk sesi tajaan syarikat Novo Nordisk "Diabetes Pharmacy Workshop". Sesi yang penuh dengan ilmu.

Esok, hari ke-2 simposium. Persiapkan diri untuk sesi menuntut ilmu yang berterusan. Lillahi taa'la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...