OUR PRODUCT

PRODUK KAMI

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Produk

Monday 13 February 2017

SEJARAH KURMA SEBAGAI ENERGY BOOSTER!


SEJARAH KURMA!

Pagi ini saya ingin kongsikan sejarah buah yang disebut dalam Al-Quran. Jom baca.. 

Asal usul kejadian pokok kurma adalah daripada lebihan tanah yang Allah S.W.T ciptakan Nabi Adam A.S. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam selepas melahirkan anaknya Nabi Isa A.S.

Allah S.W.T telah menyuruh Siti Maryam untuk menggoncangkan pohon kurma yang tumbuh di tempat melahirkan anaknya. Maka gugurlah buah kurma yang masak ranum lalu dimakan oleh Siti Maryam. Kisah ini terkandung dalam Surah Maryam, Ayat 25. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu."

Inilah kali pertama diketahui buah kurma memberi manfaat untuk manusia. Siti Maryam mendapat manfaat buah kurma dengan mendapat tenaga dan mengubati dirinya yang lemah tanpa menggunakan sebarang herba dan ubatan yang lain.

Hikmah daripada peristiwa ini, amatlah digalakkan untuk kita terutama wanita mengandung, melahirkan anak, dan menyusukan untuk mengamalkan buah kurma kerana ia dapat menyihatkan anak dalam kandungan dan menyihatkan ibu mengandung, memulihkan tenaga, membanyakkan susu serta memulihkan sistem peranakan kembali normal dan khasiat lain yang terlalu banyak untuk kesihatan sepertimana yang disebut dalam kitab perubatan Islam. 

#RamuanQasehGold #azwaqaseh #kurma #khasiatkurma

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...