Monday, 19 September 2016

Anak saya kurang darah merah?

Anak saya kurang darah merah?
(answered by Dr Charlotte Jane Joseph)

S: Saya ingin mengungkai sedikit permasalahan berkaitan low HB count di kalangan bayi. Sebelum ini saya kurang mengambil berat berkaitan perkara ini sehinggalah anak saya didapati mengalami masalah low Hb count baru-baru ini. Untuk makluman doktor, di dalam keluarga saya tiada sejarah Thalasemia dan HB count anak saya ialah dalam lingkungan 9 – 9.2. 

Soalan saya:
1. Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?
2. Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
3. Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
4. Adakah kekurangan HB boleh menyebabkan penyakit lain?

-Terima kasih doktor (Rozie)-

Jawapan:

Terima kasih Puan Rozie untuk soalan anda yang kerap-kali juga dipersoalkan di kalangan ibu-bapa yang menemui masalah yang sama. Daripada soalan Rozie saya menganggapkan bahawa anak puan kekurangan sel darah merah sahaja and sel-sel lain seperti sel darah putih dan sel darah beku adalah pada lingkungan yang normal.
Hb bermaksud “haemoglobin” iaitu sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Kekurangan haemoglobin diberi istilah “anemia” yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud “kekurangan darah”. 

Ada beberapa punca anaemia seperti yang berikut:
1. Kehilangan darah yang keterlaluan:
- boleh berlaku secara perlahan seperti gastic ulcer
- kehilangan darah dengan cepat seperti kemalangan

2. Pemecahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis)
– berpunca dari jangkitan kuman atau masalah darah seperti krisis kekurangan enzim G6PD

3. Pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang.
Disebabkkan oleh kekurangan zat makanan terutama sekali zat besi dan vitamin folic acid
- Masalah dalam pegeluaran sel darah merah seperti Thalassemia
- Penyakit barah darah seperti Leukemia


Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?

Linkungan umur diantara 6 bulan – 6 tahun Hb adalah 10.5gm/dl – 14gm/dl
Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
Walaupun di dalam keluarga puan tiada sejarah “Thalasemia dan anemia” puan hendaklah membawa anak anda untuk pemeriksaan yang teliti. Ini termasuk pemeriksaan fizikal dan juga ujian darah. Ujian darah adalah termasuk isipadu bentuk dan saiz sel darah merah tersebut.
Berdasarkan pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian darah, doktor anda akan memilih cara terbaik untuk merawat anak anda. Sebagai contoh, sekiranya kekurangan Hb tersebut adalah disebabkan kekurangan zat besi , selain daripada mengambil vitamin zat besi, doktor juga akan menasihati tentang pemakanan yang kaya dengan zat besi.
Namun sekiranya masalahnya adalah Thalassaemia, doktor akan memberi vitamin folic acid dan dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak tersebut memerlukan transfusi darah. ( Ini akan dibincangkan dalam artikel yang lain)

Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
Kebiasannya kalau demam biasa haemoglobin tidak akan menurun tetapi jikalau Hb menurun anak perlu membawa untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti masalah lain yang membimbangkan

Apakah tanda-tanda kekurangan Hb?
Kekurangan Hb terutama di kalangan kanak –kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lesu, kurang aktif, degupan jantung laju atau jikalau haemoglobin terlalu rendah untuk masa yang lama (kronik) akan menyebabkan lemah jantung dan pertumbuhan terbantut.


Resources
1.Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals – 3rd Edition. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Terrence Thomas.

 ==============================================================================


Thursday, 15 September 2016

KRISTAL SOLE PELBAGAI GUNA!

Assalamualaikum semua..

Hari ini Cik Wa nak share tips wap muka guna SOLE

1) Ambil sebesen ( kecil ) air panas.
2) Titiskan Sole.. 7 hingga 10 titik ke dlm besen td.
3) Titiskan sikit Sole masuk ke lubang hidung.
4) Wap muka. Pastikan muka dan kepala ditutup penuh
5) Wap selama 10 minit.

InsyaAllah, hama resdung akan keluar.

================================================

Sebagaimana yg kita tahu, Sole ada 84 jenis mineral.

Dan ia sangat membantu untuk bersihkan paru-paru drpd mukus & kahak ( bagus utk pesakit asma )

Sole bersifat anti histamin (anti alergi)
Sgt bagus dan bermanfaat utk penghidap resdung.

Selalunya mereka ini alergi dengan habuk, makanan laut, cuaca dan sebagainya kan?

Okay!
So,

TIPS 1

Untuk masalah resdung - Amalkan minum Sole setiap hari + qaseh adinda/kekanda/junior.
Dengan cara yg biasa.

TIPS 2

Untuk masalah alergi / kecantikan -
Campurkan dalam 15 hingga 20 titis Sole ke dalam botol spray kecil.
Spray pada muka/hidung/ tempat-tempat yg rasa bermasalah ( contoh nya gatal-gatal atau berjerawat atau pedih-pedih ) bila-bila masa.

TIPS 3

Untuk kecantikan - Cuci muka dengan campuran Sole.
Boleh gunakan Sole juga sebagai Toner (spray muka selepas cuci muka). Biarkan kering jangan lap. Dah agak-agak serap ke kulit, boleh sapu Serum Qaseh!

Okay, ini saja TIPS hari ini.
Semoga bermanfaat.



Untuk tempahan sila klik -->> http://bit.ly/2d1tmx5



#PakarQasehGoldAnda
Azwa Bt Haris
019-6686-337

Tuesday, 13 September 2016

ATLET PARALIMPIK MENYINAR!!

Dalam kegembiraan dan kesyukuran rakyat di bumi Malaysia menyambut kehadiran Aidil Adha, ada sahabat kita yang sedang berjuang di bumi Brazil di acara Paralimpik Rio 2016.
Tambah manis apabila atlet-atlet ini menghadiahkan kita 3 butir pingat emas setakat hari ini. Tahniah!! 


Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.



Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
Muhammad Ziyad Zolkefli
Selepas itu, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima. Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.

Abdul Latif Romly
Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat berbangga dengan pencapaian yang mereka ini. Walaupun dengan kurang upaya yang dihidapi, mereka tetap telah berkorban sesuatu untuk negara tercinta. Syabas!!

Apakah pengorbanan kita yang sihat akal dan fizikal ini kepada agama, bangsa dan negara?
Tepuk dada tanya hati.





Tuesday, 6 September 2016

LUBUK PAHALA QASEH 2.0



Masih ingat Lubuk Pahala Qaseh yang kami laksanakan pada Bulan Ramadhan yang lalu? Alhamdulillah, setiap pembelian Qaseh Gold anda, telah kami sumbangkan ke Maahad Tafaqqun Fiddin An Nur di Kuala Ketil Kedah.

Lanjutan daripada itu, di Bulan September ini kami kembali lagi untuk 
"Kempen Lubuk Pahala Qaseh 2.0". Kali ini ia melibatkan 5 penerima sumbangan.


Berikut adalah senarai yang kami pilih untuk Kempen Lubuk Pahala Qaseh 2.0

(1) izzsyraq azraq
Fb: Pray for izzsyraq azraq
Masalah: short bowel (usus pendek).
Lokasi: Putrajaya

(2) aqee & deeqah (adik beradik)
Fb: kida azny (ibu)
Masalah: EB (penyakit kulit rapuh)
Lokasi: Meru Klang
(3) nur hafieysha (1 bulan)
Fb: haziyana fifi (ibu)
Masalah: ada 2 lubang di jantung
Lokasi: Kulim
(4) Rayyan
Fb: Annur Yazid Rayyan
Masalah: cyanotic heart disease.Triscupid atresia, Chronic lungs disease
Lokasi : Kuala Nerang

(5) Musyrif an-nassaie (1 tahun 8bulan)
Fb: EQin Hisyam (ibu)
Masalah: brain damage
Lokasi: Nilai.negeri Sembilan


Bagaimana anda boleh sertai Lubuk Pahala Qaseh 2.0 ini?
Anda boleh hubungi kami, dengan membuat pembelian mana mana produk #QasehGold, dan 1% daripada jualan akan kami sumbangkan kepada senarai senarai di atas.
Jom kita membeli sambil beramal. Mudah mudahan menjadi bekalan kita di "sana" nanti. InsyaAllah.


Untuk tempahan: http://azwaharis.blogspot.sg/p/borang-tempahan.html




DIABETES DAN HAKIKAT

Fakta Statistik Diabetes

Mengikut statistik WHO (World Health Organisation), pada tahun 2015 terdapat seramai 422 million orang yang disahkan menghidap diabetes. Unjuruan statistik ini bakal menunjukkan peningkatan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2040 iaitu seramai 600 million orang! Wow! Sungguh menggerunkan bukan?

Apakah itu DIABETES? Ia lebih dikenali dengan penyakit 'kencing manis' atau keadaan di mana paras gula berlebihan dalam darah. Juga dinamakan 'hyperglisemia'.

Metabolisma gula 

Pada keadaan normal, badan kita akan memecahkan gula dan karbohidrat yang kita makan kepada GLUKOS. Glukos adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk fungsi normal organ manusia. Kebanyakan tisu dalam badan boleh menggunakan lemak atau protin sebagai sumber tenaga. Namun demikian, otak dan sel darah merah hanya boleh menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. 

Metabolisma glukos bermula dengan pencernaan makanan. Tubuh mempunya tiga hormon yang bertindak mengawal paras gula dalam darah iaitu GLUKAGON, INSULIN DAN EPINEPHRINE. Insulin dirembeskan oleh pankreas apabila paras gula meningkat dan memindahkan gula ke dalam sel. Gula yang berlebihan akan disimpan di dalam organ hati dan otot untuk igunakan apabila diperlukan.

Glikogenolisis

Glukos disimpan dalam bentuk glikogen di dalam hati dan otot. Proses ini dinamakan glikogeneses. Glikogen akan terus disimpan di dalam hati dan otot sehingga paras gula anda rendah dan apabila keperluan tenaga tambahan diperlukan. 

Pada masa paras gula menurun dari tahap normal, hormon epinephrin dan glukagon akan dirembeskan untuk menukarkan glikogen kembali kepada glukos dan proses ini dinamakan glikogenolisis. Sebaik glukos dihasilkan di dalam sel, ia akan ditukarkan kepada tenaga.




DIABETES MELLITUS (DM)

DM adalah penyakit jangka panjang yang kronik yang boleh menggangu kebolehan tubuh menyerap tenaga dalam bentuk makanan. Ada 3 jenis diabetes yang utama iaitu, type-1 diabetes, type-2 diabetes dan gestational diabetes.

Type 1 DM juga dikenali dengan nama 'juvenile-onset DM'. Kebanyakan penghidap berumur 35 tahun ke bawah. DM jenis ini ialah keadaan di mana penghidap tidak dapat menghasilkan insulin sepenuhnya. Ketiadaan insulin dalam tubuh menyebabkan badan tidak dapat mengawal paras gula yang berlebihan dalam badan. Penghidap diabtes jenis ini memerlukan suntukan insulin sepanjang hidup.

Type 2 DM adalah lebih biasa dihidapi apabila seseorang meningkat umur. DM jenis ini, pankreas masih berfungsi merembeskan hormon insulin namun tisu dan sel badan tidak dapt mengenalpasti hormon insulin yang dirembeskan. Ini dinamakan 'kerintangan insulin". Keadaan ini juga biasanhya akann berlaku di kalangan mereka yang mempunyai beerat badan berlebihan atau obese dan mereka yang menghidap darah tinggi. Dalam jangka masa panjang, sekiranya DM tidak dikawal, penghidap jenis ini juga akan terpaksa bergantung kepada suntikan insulin.

'Gestational diabetes' pula adalah DM di kalangan ibu yang sedang hamil.

KOMPLIKASI DIABETES

Memandangkan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat diserap secara efisien oleh sel hati dan otot, ia akan terus berada di dalam darah. Keadaan ini akan merosakkan salur-salur darah yang kecil di buah pinggang, jantung, mata dan sistem saraf. 

Oleh yang demikian, sekiranya diabetes tidak dirawat, ia akan akhirnya menyebabkan penyakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang, buta, dan kerosakan saraf terutama di bahagian kaki.

Komplikasi diabetes kepada organ-organ utama manusia


Statistik Diabetes Malaysia.
Sumber: KKM Malaysia














Saturday, 3 September 2016

ISPOR 7th ASIA-PACIFIC CONFERENCE

ISPOR 7th ASIA-PACIFIC CONFERENCE
3-6 SEPT 2016
SUNTEC SINGAPORE CONVENTION & EXHIBITION CENTER





Hanya mendapat tawaran menghadiri kursus dia atas di negara jiran seminggu sebelum tarikh kursus. Dengan pasport yang akan tamat tempoh pada November ini, saya menggagahkan diri ke Imigresen untuk memperbaharui pasport.

Dalam masa yang sama, saya turut memikirkan tentang anak-anak yang bakal ditinggalkan selama empat hari nanti. Ya Allah, permudahkanlah. Berbincang dengan encik suami, adik-adik dan ibuayah. Berpakat mereka akan menjaga si hero yang berlima. Maka saya mengesahkan kehadiran ke ISPOR.

Beberapa hari sebelum bertolak berita penularan wabak virus ZIKA di negara jiran ini juga turut membuatkan saya berfikir sekali lagi. Agak mengejutkan kerana dalam masa beberapa hari sudah beratus kes positif dijangkiti virus tersebut. Agak mencemaskan, namun hati tetap digerakkan untuk teruskan niat ke ISPOR.

'Selfie' dalam kapal sebelum 'take-off'

Bertolak dengan menaiki pesawat MH611, pesawat mendarat jam 1140H di Lapangan Terbang Changi. Alhamdulillah, bertemu rakan bari seorang Pegawai Farmasi dari PPUKM, Pn Izyan Diyana. Syukur, tidak berseorangan.

Perjalanan diteruskan ke hotel tempat penginapan kami Pan Pacific Singapore. Jam menunjukkan hampir ke jam 1300H. Bergegas masuk bilik mengahantar bagasi dan terus ke Suntec Convention & Exhibition Centre (hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel kami) untuk sesi tajaan syarikat Novo Nordisk "Diabetes Pharmacy Workshop". Sesi yang penuh dengan ilmu.

Esok, hari ke-2 simposium. Persiapkan diri untuk sesi menuntut ilmu yang berterusan. Lillahi taa'la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...